Friday, August 5, 2011

Jumaat Yang Ditunggu

Jumaat datang seperti diduga,

Pelajar bergembira bersorak gempita,

Cikgu tersenyum bernafas lega,

Dapat berehat dan bersuka ria,



keluar sekolah melangkah laju,

Memegang stereng membonceng moto,

Pak guard pula tersenyum berat,

suasana gembira menjadi hiba,



Namun itu hanya seketika,

Hidup ini ibarat roda,

Yang pergi akan kembali,

Yang hilang akan berganti,



Isnin pula setia menanti,

Menanti dengan pasti,

Mengulang kembali hari yang pergi,

Menjemput waktu yang berlalu,

Untuk diharungi seperti selalu....

Saturday, March 5, 2011

Di manakah Kita Dalam Sejarah

Mengetahui ilmu sejarah amat penting dalam konsep kehidupan sejagat manusia. Hal ini kerana, sejarah akan mengajar kita akan semua kesilapan ataupun memberi pengajaran akan sesuatu yang telah berlaku. Ia akan mengajar kita untuk merancang dan melihat kehadapan dengan berpandukan semua peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Namun sejauh manakah kita belajar daripada sejarah manusia yang berkurun lamanya untuk membetulkan kehidupan masa depan.

Dalam bidang sejarah terdapat 3 kelompok manusia yang akan diwujudkan. kelompok pertama ialah; kelompok manusia yang terlalu mengagung-agungkan pencapaian tamadun manusia yang sebelumnya. Kelompok ini akan sentiasa mengingati sejarah keagungan tamadun negara ataupun bangsa mereka. Disamping itu, mereka sering menyangkal sebarang pendapat negetif mengenai tamadun yang mereka miliki. Jenis kelompok manusia ini tidak akan berani untuk mengatakan sesuatu yang negetif tentang tamadun yang lalu. Sama ada sesuatu yang berlaku itu adalah satu kesalahan ataupun kesilapan pada masa lalu, golongan ini akan sentiasa mempertahankan tamadun yang dilihat oleh mereka sebagai tamadun yang agung.

Kelompok yang kedua pula ialah; kelompok manusia yang hanya mempelajari sejarah. Golongan ini tidak bertindak mempertahankan ataupun mengkritik peristiwa sejarah yang berlaku pada masa lalu. Mereka hanya mempelajari sejarah untuk pengetahuan ataupun sebagai ilmu sampingan sahaja. Golongan ini juga tidak berusaha untuk memperbaiki atau mempelajari sebarang kesilapan ataupun pengajaran yang telah dilakukan oleh peristiwa sejarah. Tujuan mereka untuk mempelajari sejarah adalah mencukupkan syarat bagi menghabiskan pengajian mereka di universiti dan untuk mendapat pekerjaan.

Golongan yang ketiga pula ialah: golongan yang sentiasa ingin menyaingi temadun-tamadun yang pernah wujud di dunia ini. Golongan ini sentiasa mencari idea-idea baru dan menghasilkan cipta-ciptaan baru yang difikirkan lebih maju daripada tamadun manusia yang lalu. Kadang kala mereka merupakan pelopor kepada teknologi dan ilmu baru yang wujud. Golongan ini juga sentiasa memandangan kehadapan tetapi masih mempelajari sejarah untuk mengetahui akan keagungan tamadun yang pernah wujud sejak kewujudan manusia.

Golongan pertama dan golongan yang kedua adalah golongan yang tidak memberi manfaat kepada apa-apa ataupun sesiapa di dunia ini. Mereka adalah golongan yang paling dan sangat tidak diperlukan dalam semua bidang ilmu sejarah. Mereka tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupan, masyarakat, negara, dan dunia amnya. Golongan seperti ini akan meruntuhkan sesuatu tamadun yang telah dibina ataupun yang masih dalam pembinaan.

Golongan yang ketiga pula, merupakan golongan yang akan memajukan sesebuah tamadun dan akan meneruskan kelangsungan sesebuah tamadun. Namun malangnya golongan seperti golongan yang ketiga ini amat sedikit jumlahnya. Mereka digelar sebagai Cerative Minority kerana mereka merupakan golongan yang sangat kreatif dalam mengurus negara dan masyarakat tetapi dalam jumlah yang sangat minima.

Sunday, February 27, 2011

Penantian 12 Sahabat

Ketika menghampiri zaman remaja, diceritakan 12 orang sahabat telah mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk mencari pengalaman sebagai anak perantau di negeri orang. setiap seorang daripada mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Namun mereka rata-ratanya terdiri daripada keluarga yang sederhana, tidak terlampau kaya, dan tidak juga miskin.

Anak-anak muda lain yang sebaya dengan mereka ketika itu sibuk mengejar pendidikan agar dapat mencari pekerjaan yang terbaik dan dapat menjamin masa depan yang cerah. Bagi 12 orang sahabat ini tadi, kepuasan yang ingin mereka rasa ialah melihat tamadun dan kemajuan negara lain sebagai sumber inspirasi agar sentiasa berusaha bagi meneruskan kehidupan.

Dipendekan cerita, setelah menjelajah ke seluruh pelusuk dunia. Puncak tertinggi Gunung Everest sudah ditawan, Lautan terdalam Jurang Mariana sudah diselam, sungai terpanjang Mississippi sudah dihihlir, hutan Amazon telah diterokai, Piramid di Mesir telah berada di tapak kaki, terusan suez diseberangi. Tibalah 12 orang sahabat ini tadi di sebuah negara yang tidak pernah mereka kenali mahupun bangsanya ataupun bentuk muka buminya.

Menurut salah seorang sahabat yang menceritakan pengalaman beliau. Negara itu merupakan negara yang termaju pernah dilawati oleh mereka. Teknologinya canggih dapat dilihat daripada kenderaan yang digunakan begitu senyap dan dan ekonomi serta tidak mengeluarkan sebarang asap. Perbandarannya sangat tersusun dan teratur. Bangunannya pencakar langit yang tak pernah dibayangkan oleh sesiapa dan tiada perbandingan yang boleh dikatakan sama ada di Asia, Eropah Barat, mahupun Amerika Utara. Boleh disimpulkan bahawa semua bangunan yang ada di bandar tersebut adalah bangunan pencakar langit yang kelihatan 10 kali hingga 20 kali ganda daripada KLCC dan K.L Tower di Malaysia.

Kekaguman 12 orang sahabat ini terhadap seni bina dan budaya yang ada di tempat tersebut membuatkan mereka leka sebentar menikmatai permandangan yang tak pernah mereka lihat sebelum ini. Kamudian kesemua mereka telah mengambil keputusan untuk bermalam di bandar tersebut kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati permandangan negara yang begitu unik itu.

Mereka menempah hotel ditengah-tengah bandar tersebut. Hotel yang mereka tempah merupakah hotel yang sangat popular di bandar tersebut. Hotel tersebut merupakan struktur bangunan yang tertinggi di bandar yang unik itu. Tidak ada bangunan lain yang lebih tinggi daripada hotel yang mereka tempah. Disebabkan mahu menimba pengalaman yang tidak mungkin dialami oleh orang lain, mereka seramai 12 orang telah menempah bilik hotel yang berada di puncak tertinggi di bangunan itu. Bilik tersebut mempunyai permandangan yang sangat cantik dan sangat luas kerana berada di kedudukan yang begitu tinggi.

Selepas selesai proses tempahan, mereka pun dibawa naik oleh 'Bell Boy' Hotel terbabit menaiki satu-satunya lif khas yang menuju ke bilik yang telah ditempah. Memang tidak masuk akal untuk difikirkan, bilik yang mereka tempat berada di tingkat 4569 bangunan tersebut. Masa yang diperlukan untuk naik ketas menggunakan lif lebih kurang 74 minit kerana ketinggiannya yang bgitu melampau. Tambahan Pula tarikan graviti yang begitu tinggi di kawasan tersebut. Aganya itulah punca bangunan disitu dapat dibina tinggi-tinggi kerana tapak bangunan dapat dikukuhkan dengan adanya tarikan graviti yang tinggi.

Melihat keadaan yang agak lama di dalam lif tersebut, salah seorang rakan telah menyedari satu masalah yang bakal mereka hadapi, dan dia cuba mencari penyelesaian tanpa memberitahu masalah tersebut kepada rakan yang lain. Bagi menyembunyikan ketakutannya, rakan yang menyedari masalah yang timbul itu tadi mula bertanya kepada 11 orang rakannya yang lain.

"Sepanjang pengembaraan kita bersama ataupun pengalaman lepas anda, apakah pengalaman pahit yang pernah anda alami?" tanya rakan yang menyedari timbulnya masalah itu tadi?

Setiap seorang seorang menceritakan pengalaman pahit yang pernah mereka alami sepanjang hidup mereka dan juga sepanjang pengembaraan mereka bersama. Pelbagai pengalaman pahit dan sedih dikongsi mereka bersama ketita berada di dalam lif tersebut. Sehinggakan ada sahabat lain yang menitiskan air mata akibat terlampau sedih. Tiba-tiba ketika sahabat yang ke-11 bercerita tentang pengalam sedihnya, lif tersebut tiba-tiba berhenti dan mengeluarkan asap dari bahagian bumbung. 'Bell Boy' yang menemani mereka didalam lif mengatakan lif tersebut rosak.

Namun mereka semua bernasib baik mereka dapat membuka pintu lif tersebut dan tiba di tingkat yang ke- 4568, iaitu satu tingkat lagi untuk sampai ke bilik mereka. Tiada pilihan lain, mereka pun menggunakan tangga untuk naik ketingkat seterusnya yang terletak di bahagian hujung bangunan tersebut.

Apabila hampir sampai di pintu bilik yang ditempah, 11 orang rakan yang telah menceritakan pengalaman pahit dan sedih mereka didalam lif tadi bertanya kepada rakan yang mula-muka bertanya soalan itu.

"Bagaimanapula dengan awak, sekarang ni tinggal awak seorang saja yang belum menceritakan pengalam an sedih yang awak pernah alami. Kami pun mahu mendengar pengalaman sedih awak", kata salah seorang sahabat.

"Sepanjang hidup saya dan sepanjang pengalaman kita, saya tidak pernah mengalami pengalaman yang sangat sedih kecuali pada hari ini", jawab sahabat tersebut dengan nada sayu.

"Apa pengalaman sedih awak tu, ceritakanlah kepada kami, sekurang-kurangan kita dapat membantu. ringat sama dijinjing, berat sama dipikul", desak seorang lagi.

Dengan suara yang semakin sayu sahabat ini tadi mula menjawab pertanyaan rakan-rakannya.

"Awak semua nak tahu tak, pengalaman saya yang paling sedih dan tidak dapat saya lupakan sebenarnya , saya terlupa hendak mengambil kunci bilik kita di kounter tadi selepas membuat pembayaran" Jawab sahabat yang ke 12 itu dengan penuh sebak....

Tanpa disedari, kesemua mereka akhirnya menitiskan air mata di depan pintu bilik hotel yang mereka tempah. Peristiwa ini disaksikan sendiri oleh 'Bell Boy' yang bertugas pada hari itu. ternyata pengalaman tersebut merupakan pengalaman yang paling sedih pernah mereka semua alami...


Begitulah cerita penantian 12 sahabat yang agak menyedihkan....