Saturday, March 5, 2011

Di manakah Kita Dalam Sejarah

Mengetahui ilmu sejarah amat penting dalam konsep kehidupan sejagat manusia. Hal ini kerana, sejarah akan mengajar kita akan semua kesilapan ataupun memberi pengajaran akan sesuatu yang telah berlaku. Ia akan mengajar kita untuk merancang dan melihat kehadapan dengan berpandukan semua peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Namun sejauh manakah kita belajar daripada sejarah manusia yang berkurun lamanya untuk membetulkan kehidupan masa depan.

Dalam bidang sejarah terdapat 3 kelompok manusia yang akan diwujudkan. kelompok pertama ialah; kelompok manusia yang terlalu mengagung-agungkan pencapaian tamadun manusia yang sebelumnya. Kelompok ini akan sentiasa mengingati sejarah keagungan tamadun negara ataupun bangsa mereka. Disamping itu, mereka sering menyangkal sebarang pendapat negetif mengenai tamadun yang mereka miliki. Jenis kelompok manusia ini tidak akan berani untuk mengatakan sesuatu yang negetif tentang tamadun yang lalu. Sama ada sesuatu yang berlaku itu adalah satu kesalahan ataupun kesilapan pada masa lalu, golongan ini akan sentiasa mempertahankan tamadun yang dilihat oleh mereka sebagai tamadun yang agung.

Kelompok yang kedua pula ialah; kelompok manusia yang hanya mempelajari sejarah. Golongan ini tidak bertindak mempertahankan ataupun mengkritik peristiwa sejarah yang berlaku pada masa lalu. Mereka hanya mempelajari sejarah untuk pengetahuan ataupun sebagai ilmu sampingan sahaja. Golongan ini juga tidak berusaha untuk memperbaiki atau mempelajari sebarang kesilapan ataupun pengajaran yang telah dilakukan oleh peristiwa sejarah. Tujuan mereka untuk mempelajari sejarah adalah mencukupkan syarat bagi menghabiskan pengajian mereka di universiti dan untuk mendapat pekerjaan.

Golongan yang ketiga pula ialah: golongan yang sentiasa ingin menyaingi temadun-tamadun yang pernah wujud di dunia ini. Golongan ini sentiasa mencari idea-idea baru dan menghasilkan cipta-ciptaan baru yang difikirkan lebih maju daripada tamadun manusia yang lalu. Kadang kala mereka merupakan pelopor kepada teknologi dan ilmu baru yang wujud. Golongan ini juga sentiasa memandangan kehadapan tetapi masih mempelajari sejarah untuk mengetahui akan keagungan tamadun yang pernah wujud sejak kewujudan manusia.

Golongan pertama dan golongan yang kedua adalah golongan yang tidak memberi manfaat kepada apa-apa ataupun sesiapa di dunia ini. Mereka adalah golongan yang paling dan sangat tidak diperlukan dalam semua bidang ilmu sejarah. Mereka tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupan, masyarakat, negara, dan dunia amnya. Golongan seperti ini akan meruntuhkan sesuatu tamadun yang telah dibina ataupun yang masih dalam pembinaan.

Golongan yang ketiga pula, merupakan golongan yang akan memajukan sesebuah tamadun dan akan meneruskan kelangsungan sesebuah tamadun. Namun malangnya golongan seperti golongan yang ketiga ini amat sedikit jumlahnya. Mereka digelar sebagai Cerative Minority kerana mereka merupakan golongan yang sangat kreatif dalam mengurus negara dan masyarakat tetapi dalam jumlah yang sangat minima.

No comments: