Wednesday, July 23, 2008

khutbah pak kaduk

Suatu ketika, pak kaduk telah di lantik oleh ajk masjid untuk menyampaikan khutbah jumaat selama 3 mingu berturut-turut. Nyata tugas itu sangat berat bagi pak kaduk. Pada hari jumaat yang pertama dia, setelah selesai solat, dia pun di jemput untuk menyampaikan khutbah jumaat. Pak kaduk berasa sangat resah kerana tidak tahu apakah yang ingin di ucapkan. Tapi dia mendapat satu idea yang boleh menyelamatkan dirinya. Pak kaduk pun berdiri di hadapan orang yang setia menungunya untuk berkhutbah. Maka dengan selamba pak kaduk bertanya kepada muslimim yang berada di hadapannya “adakah tuan-tuan sekalian tahu apakan yang saya ingin sampaikan pada hari ini?” rata-rata orang yang berada di masjid itu menjawab “tidak tahu”. Selepas itu, pak kaduk berkata “andai kata saudara semua tidak tahu apa yang saya ingin katakana pada hari ini, maka sia-sia sahaja aku memberi ucapan”. Dengan itu, pak kaduk terselamat untuk tidak memberikan ucapan pada hari itu. Namun begitu, pada minggu kedua pula, sekali lagi pak kaduk terpaksa untuk memberikan ucapan seperti minggu lepas. Kali ini pak kaduk bertanya soalan yang sama kepada para hadirin, “adakah tuan-tuan tahu apa yang saya ingin sampaikankan pada hari ini?”. Kerana tidak mahu pekara minggu lepas terjadi lagi, dan mereka menjawab “kami tahu”. “oleh kerana kamu semua sudah tahu apa yang aku ingin sampaikan, maka tiada gunanya saya memberi ucapan lagi” tambah pak kaduk. Sekali lagi pak kaduk terlepas daripada memberi ucapan. Namun begitu, penduduk kampong tidak mahu melepaskan pak kaduk untuk tidak memberikan ucapan. Pada minggu yang ketiga, para muslimim yang berada di masjid tidak mahu di perdaya oleh pak kaduk lagi. Ketika di jemput untuk memberikan ucapan pada minggu yang ketiga, pak kaduk bertanya soalan yang sama kepada para hadirin “adakah kamu semua tahu apa yang saya ingin saya sampaikan pada hari ini?” kerana tidak mahu ditipu oleh helah pak kaduk buat kali yang ketiga. Para hadirin telah sepakat, sebahagian menjawab yang mereka “tahu”, manakala yang sebahagian lagi menjawab yang mereka “tidak tahu”. Sekali lagi pak kaduk dapat melepaskan diri daripada memberikan khutbah jumaat dengan mengatakan “yang tidak tahu bertanya kepada mereka yang sudah tahu, manakala yang tahu memberitahu mereka yang tidak tahu.........”

No comments: